1. Beribadat malam,selalu bangun sebelum suboh; kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.
2. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang; makanan yang berlebihan menjadi punca kapada pelbagai penyakit dan melemahkan badan.
3. Gemar berjalan kaki; Baginda selalu berjalan ke masjid,pasar,medan jihad atau mengunjung rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,pori-pori tubuh akan terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.
4. Tidak marah; Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada Baginda. Baginda berkata : Jangan marah; dan apabila di inta lagi nasihat seterusnya ,baginda hanya mengulangi : Jangan marah. Ini menunjukkkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukan terletak pada jasad fisikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.
5. Baginda adalah seorang yang paling sabar,optimis dan gigih. Sikap ini akan memberikan impak positifterhadap psikilogi manusia.
6. Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu ; madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.
HADIS RASULULLAH S.A.W
Hazrat Anas r.a menberitakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Orang-orang yang berkumpul untuk berzikrullah hanya dengan tujuan mendapatkan keredhaan-Nya maka para Malaikat berseru dari langit dosa-dosamu telah diampunkan dan kejahatan-kejahatanmu telah digantikan dengan kebaikan.”